Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jerebu mula 'berasap' di S'pura

Aug 26, 2016 | 11:40 AM



JEREBU mula menyelubungi Singapura dengan warga mengongsi gambar sekitaran yang 'kelabu' dan keluhan mereka di laman sosial hari ini kerana bau asap yang menusuk hidung .



Sehingga 11 pagi tadi, menurut laman Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) Indeks Piawai Pencemaran (PSI) 24 jam mencatatkan paras sederhana dengan bacaan 52-70.



Bacaan tiga jam PSI adalah 128, namun ia tidak terikat dengan nasihat menjaga kesihatan.



PSI 24 jam mula mencatatkan bacaan meningkat sejak 3 pagi tadi.



Bacaan sejam PM2.5 mencatatkan 181 di bahagian barat Singapura pada 11 pagi, diikuti dengan 124 di utara.



Paras terendah PSI dicatatkan di bahagian timur pulau ini, dengan bacaan 47.



Julai lalu, NEA memperkenalkan bacaan dan takrifan indeks untuk hablur halus yang dipanggil sebagai PM2.5 - sejenis bahan cemar dalam asap jerebu.



Akhbar The Straits Times berkata, pembacaan baharu ini diperkenalkan selepas mengambil kira maklum balas warga menyusuli keadaan jerebu yang teruk yang dihadapi Singapura tahun lalu.



Singapura menghadapi keadaan jerebu yang teruk - hingga hampir mencecah tahap bahaya - pada September tahun lalu hingga mengakibatkan sekolah terpaksa ditutup.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >