Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jerebu reda sedikit tetapi mutu udara kekal tidak sihat

Sep 16, 2015 | 11:48 AM



JEREBU reda sedikit di Singapura pada pagi Rabu (16 Sep), tetapi mutu udara kekal dalam paras tidak sihat.


Sedikit kelegaan mungkin dinikmati pada tengah hari, dengan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) meramalkan hujan lebat di kebanyakan kawasan di Singapura.


Pada 11 pagi, Indeks Piawaian Pencemaran (PSI) 24 jam di paras antara 97 dan 122. Julat tidak sihat ialah 101-200.


PSI tiga jam di paras 85 pada 11 pagi. Ia melintasi paras sangat tidak sihat 200 pada Isnin malam, tetapi turun ke paras tidak sihat sepanjang Selasa.


Jika mutu udara kekal di paras lebih 200 selama 24 jam, ia dianggap sangat tidak sihat (201-300).


Kemas kini maklumat jerebu oleh NEA pada 8 malam Selasa menunjukkan PSI bagi 24 jam selanjutnya dijangka kekal pada paras pertengahan dan tinggi julat tidak sihat.


Ia boleh memasuki paras rendah julat sangat tidak sihat jika jerebu lebih padat dari Sumatera ditiup ke Singapura dek perubahan arah angin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >