PESAWAT pejuang, dron, dan senjata paling canggih serta rangkaian medan perang elektronik Singapura telah diuji semalam dalam latihan besar-besaran yang bertujuan memaparkan gabungan senjata api Generasi Ketiga Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).
Diberi nama kod Forging Sabre, latihan menembak dengan peluru hidup itu juga melibatkan kira-kira 600 anggota tentera darat dan udara, termasuk tentera pengawasan darat komando yang perlu berkerjasama mengesan dan menyerang musuh.