SUMBANGAN penyair mapan Johar Buang selama lebih 30 tahun, telah diiktiraf apabila dinamakan sebagai pemenang anugerah paling berprestij persuratan Melayu Singapura - Anugerah Tun Seri Lanang.
Johar, yang terkenal dengan puisi kerohanian dan sufi, menerima anugerah itu dalam majlis penyampaian khas Anugerah Persuratan 2015 anjuran Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), di Hotel Grant Hyatt, semalam.