Jokowi minta empat negara, termasuk Singapura, bantu lawan kebakaran hutan

JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, berkata pada Khamis (8 Okt) bahawa beliau telah meminta Singapura, Russia, Malaysia dan Jepun membantu memadamkan kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu melanda rantau ini.

"Kami berharap ini akan mempercepat proses itu kerana kebakaran di tanah gambut berbeza daripada kebakaran hutan biasa," kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman web Setiausaha Kabinet Indonesia.

Negara itu di bawah tekanan semakin meningkat dalam beberapa minggu lalu agar membendung krisis jerebu yang berlaku setiap tahun disebabkan cara pertanian 'tebang dan bakar' di Sumatera dan Kalimantan. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 72
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.