Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Joseph Schooling boleh tangguh NS hingga lepas Olimpik 2020

Aug 15, 2016 | 12:17 PM



PERKHIDMATAN Negara (NS) bintang renang Joseph Schooling akan ditangguh sehingga selepas Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.



Dalam satu kenyataan pada Isnin (15 Ogos), Kementerian Pertahanan berkata Majlis Angkatan Tentera telah meluluskan permintaan Schooling untuk melanjutkan penangguhan NS beliau.



Perenang berusia 21 tahun itu meraih pingat emas Olimpik pertama Singapura dalam acara 100m kuak kupu-kupu pada Sabtu (13 Ogos), mencatatkan masa rekod Olimpik 50.39 saat.



Dalam satu pos Facebook, Menteri Pertahanan Ng Eng Hen berkata Schooling memenuhi semua syarat yang perlu bagi penangguhan NS.



"Joseph sekarang boleh memberi tumpuan pada 2020 untuk mempertahan kejuaraan Olimpik dan memenangi lebih banyak kemegahan bagi Singapura. Marilah kita mendoakan lebih banyak pencapaian dan kejayaan buat beliau," tulis Dr Ng.



Schooling dan keluarganya akan menghadiri Parlimen pada petang Isnin, di mana Dewan merancang membentangkan usul mengucapkan selamat atas kemenangannya dan menyatakan sokongan bagi atlet Team Singapore.



Usul itu adalah satu pengiktirafan rasmi bagi Schooling, yang mengalahkan tiga bintang renang dunia - juara bertahan Michael Phelps, Chad le Clos dari Afrika Selatan dan Lazlo Cseh dari Hungary.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >