Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Joseph Schooling mulakan perarakan kemenangan

Aug 18, 2016 | 10:54 AM



JOSEPH Schooling - pemenang pingat emas Olimpik pertama Singapura - telah memulakan perarakan kemenangan di atas bas terbuka pada pagi Khamis (Ogos 18).



Perarakan kemenangan itu akan menamatkan acara padat beliau selama empat hari sejak tiba di Singapura dari Rio de Janeiro pada pagi Isnin (15 Ogos), dua hari selepas beliau menewaskan legenda Amerika Syarikat Michael Phelps dan juara dunia Chad le Clos untuk memenangi acara 100 meter kuak kupu-kupu dengan masa rekod Olimpik baru di Rio 2016



Perarakan itu bermula pada 9.50 pagi dari Hab Sukan. Schooling, 21 tahun, diiringi keluarga dan rakan-rakannya, termasuk ibu bapanya, Colin dan Mei, serta perenang negara Teo Zhen Ren.



Beliau kelihatan segar dan santai di dek atas bas, melambai-lambai kepada orang ramai, termasuk pelajar dan kakitangan Sekolah Tinggi Dunman yang berbaris di sepanjang Tanjong Rhu Road dan pelajar Sekolah Canada, yang menjerit 'Schooling, Schooling' dan mengibar bendera mini Singapura sepanjang Tanjong Katong Road.



Kereta di sepanjang Old Airport Road membunyikan hon sedang orang ramai bersorak dan melaungkan 'Singapore, Singapore!'.



Jejantas sepanjang laluan juga dipenuhi peminat yang tidak sabar untuk melihat kelibat bintang renang itu.



Perarakan tersebut terdiri daripada tiga perhentian - Pasar Marine Terrace, Singtel Comcentre Plaza di Somerset dan Pusat Beli-Belah Raffles City.



Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Grace Fu dan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Tan Chuan-Jin dijadual menyambut rombongan itu di perhentian ketiga.



Schooling akan turun di setiap perhentian untuk bertemu dan menyambut penyokong.



Pada Isnin, Schooling membuat penampilan di Parlimen, di mana beliau secara rasmi diucapkan tahniah oleh Dewan kerana pencapaiannya.



Perenang itu juga menerima berita bahawa penangguhan Perkhidmatan Negara (NS) beliau akan dilanjutkan hingga selepas Sukan Olimpik 2020 Tokyo.



Pada Selasa, beliau melawat sekolah lamanya, Sekolah Anglo-Chinese (Junior) di Winstedt Road.



Schooling juga menziarahi mantan presiden S R Nathan, yang berada di unit rawatan rapi Hospital Besar Singapura (SGH) selepas mengalami angin ahmar bulan lalu.



Pelajar Universiti Texas itu akan pulang ke Amerika, tempat beliau sedang melanjutkan pelajaran, pada awal pagi Jumaat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >