BANGUNAN yang direka dengan mengambil kira ciri keselamatan dapat menawarkan penjimatan kos bagi perniagaan dan mengurangkan kos tenaga manusia dalam jangka panjang.
Berdasararkan projek dilaksanakan sebelum ini yang mengambil kira ciri keselamatan, kos langkah keselamatan itu adalah 0.2 hingga 3 peratus daripada kos binaan keseluruhan, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo.