Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jualan Raksasa Singapura bermula esok, kini 10 minggu panjang

GSS
Jun 02, 2016 | 12:50 PM



JUALAN Raksasa Singapura (GSS), yang bermula pada Jumaat (3 Jun), telah dilanjutkan dari lapan kepada 10 minggu tahun ini untuk menampung pelancong dari rantau ini.



Dan buat kali pertama, pemegang kad UnionPay International akan mendapat faedah tambahan semasa GSS, di bawah satu perkongsian baru tiga tahun antara rangkaian pembayaran itu dan penganjur GSS, Persatuan Peruncit Singapura (SRA).



SRA berkata acara itu, yang kini memasuki tahun ke-23, telah berkembang menjadi acara menyeluruh dengan tawaran di kedai dalam talian dan luar talian, merangkumi daripada fesyen dan makanan kepada kecantikan dan kesihatan, penginapan hotel, melancong dan lawatan ke tempat tarikan.



GSS juga telah meluas dari Orchard Road hingga ke Marina Bay, Sentosa Harbourfront dan kawasan perumahan.



Lanjutan tempoh jualan kepada 10 minggu bertujuan memenuhi dengan lebih baik keperluan pelancong dari negara Asia Pasifik yang cuti musim panas mereka jatuh dalam tempoh Jun hingga Ogos, kata Pengarah Eksekutif SRA, Encik Anthony Gan.



Beliau menambah bahawa jualan itu, yang berakhir pada 14 Ogos, masih bertepatan dengan cuti sekolah Jun dan musim puncak pelancongan serantau pada Julai, seperti tahun-tahun lalu.



UnionPay International menggantikan MasterCard Singapore sebagai kad rasmi baru GSS. Ini bermakna pemegang kad UnionPay boleh mendapatkan keistimewaan eksklusif di lebih 100 peruncit di sini semasa jualan tahun ini.



Pengguna yang membeli-belah di GSS berpeluang memenangi satu jumlah rekod melebihi $200,000, dengan SRA memberi $100 setiap satu dalam bentuk kad prabayar UnionPay berisi wang tunai kepada lima pembeli setiap hari.



Mereka yang membayar menggunakan kad UnionPay berpeluang memenangi tambahan $500.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >