Jualan runcit Mac naik 5.1% hasil jualan kenderaan kukuh

JUALAN runcit Singapura meningkat 5.1 peratus pada Mac, berbanding bulan sama tahun lalu, menurut data terbaru Jabatan Statistik.

Jumlah jualan runcit pada Mac tahun ini dianggarkan $3.7 bilion, lebih tinggi daripada $3.5 bilion pada Mac tahun lepas.

Bagaimanapun, jika kenderaan bermotor tidak dimasukkan, jualan runcit berkurangan 2.2 peratus. Jualan kenderaan bermotor melonjak 41.3 peratus pada Mac lalu berbanding Mac tahun lepas.

Sebagai perbandingan, jualan makanan dan minuman, barangan riadah, jam tangan dan barang kemas, alat telekomunikasi dan komputer, dan barangan optik dan buku-buku semua berkurangan sekurang-kurangnya 10 peratus.

Sementara itu, jualan runcit barang-barang perubatan dan kelengkapan dandanan diri, perabot dan peralatan rumah pasar raya mini dan kedai mudah beli, kedai serbaneka dan pasar raya meningkat antara 0.5 peratus dan 5.4 peratus pada Mac berbanding setahun lalu.

Berbanding Feb lalu, jualan runcit pada Mac berkurangan 1.4 peratus. Jika tidak termasuk kenderaan bermotor, ia merosot 0.6 peratus.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 62
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.