PENJUALAN runcit Singapura pada bulan April lalu mengalami penurunan terbesar sejak 1985 apabila rekod dimulakan, apabila langkah pemutus rantaian jangkitan untuk memerangi wabak koronavirus mula dikuatkuasakan.
Nilai jualan yang diraih jatuh 40.5 peratus bagi tahun ke tahun, menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan (DoS) hari ini.