Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Judi terlarang: 33 suspek diberkas, aset $45.5j dibeku polis

Nov 29, 2016 | 07:31 AM



LEBIH 30 orang ditangkap kerana disyaki terlibat dalam khidmat judi jarak jauh haram pada Ahad (27 Nov), kata polis.



Akaun dan harta mereka, yang bernilai berpuluh-puluh juta, dibekukan.



Dalam salah satu operasi terbesar polis terhadap sindiket jenayah, serbuan serentak dijalankan di lebih 30 tempat, dari Choa Chu Kang hingga Tampines.



Seramai 24 lelaki dan sembilan wanita berusia antara 24 dan 69 tahun ditangkap. Mereka disyaki menjadi anggota kumpulan yang menyediakan perkhidmatan judi jarak jauh haram.



Polis merampas wang tunai kira-kira $1.3 juta, pelbagai komputer, telefon bimbit, mesin faks dan dokumen, termasuk rekod pertaruhan.



Polis juga telah memulakan tindakan membekukan akaun bank suspek, wang tunai kira-kira $6.5 juta, dan 36 hartanah yang dianggarkan bernilai $39 juta.



Sindiket itu menjalankan beberapa laman web perjudian haram bagi pertaruhan loteri dan lumba kuda, kata polis.



Ia mempunyai rangkaian ejen dan pelanggan melalui laman webnya. Para suspek itu dipercayai menerima taruhan berjumlah lebih $2 juta pada Oktober.



Siasatan terhadap mereka semua sedang dijalankan.



Sesiapa yang didapati bersalah menjadi anggota kumpulan jenayah tersusun tempatan boleh didenda hingga $100,000 dan/atau dipenjara hingga lima tahun.



Mereka yang didapati bersalah mengendalikan perkhidmatan judi jarak jauh berpangkalan di Singapura boleh didenda antara $20,000 dan $500,000 dan/atau dipenjara hingga tujuh tahun.



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Timbalan Pesuruhjaya Polis Tan Chye Hee, berkata: "Kumpulan jenayah tersusun terlibat dalam kegiatan jenayah serius seperti perjudian jarah jauh haram dan boleh menimbulkan ancaman serius ke atas keselamatan dan kemantapan Singapura... Kami akan berusaha sedaya upaya menghambat dan menghancurkan kumpulan jenayah tersusun dan menghalang mereka mendapatkan keuntungan haram mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >