Jumlah bantuan Medifund lebih tinggi tahun ini

LEBIH banyak wang daripda skim bantuan kewangan Medifund telah dikeluarkan dalam tahun kewangan ini, menurut satu kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH).

Sekitar $130 juta telah diagihkan tahun ini, satu peningkatan 27 peratus berbanding $102 juta tahun lalu.

Kira-kira sepertiga daripada jumlah tersebut, atau sekitar $43 juta, diberikan kepada pesakit lanjut usia, satu peningkatan daripada $33 juta tahun sebelumnya. MOH juga meluluskan 30 peratus lebih permohonan Medifund tahun ini daripada 587,000 kepada 766,000.

Dalam kenyatannya, MOH berkata jumlah bantuan Medifund yang meningkat itu mencerminkan khidmat lebih luas yang diliputi Medifund.

Medifund ditubuhkan pada 1993 untuk membantu warga Singapura yang tidak mampu untuk membayar bil perubatan meskipun setelah menggunakan Medisave dan MediShield. Jumlah bantuan yang diberikan berdasarkan keadaan kewangan pesakit.

Tahun ini, sekitar 93 peratus daripada permohonan yang diluluskan menerima bantuan menyeluruh manakala secara purata setiap pemohon menerima bantuan $1,579 bagi bil rawatan hospital dan $103 bagi rawatan luar.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 46
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.