Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah denggi naik mendadak minggu lalu

Jan 06, 2016 | 09:35 AM



KES demam denggi meningkat mendadak akhir tahun lalu.


Minggu 27 Disember hingga 2 Januari menyaksikan 455 kes - tertinggi tahun lalu dan 86 lebih banyak daripada pada minggu sebelumnya.


Ia membawa jumlah orang yang dijangkiti sepanjang tahun lepas kepada lebih 11,000, dengan empat kematian.


Kebanyakan mangsa dari bahagian timur Singapura, dengan yang terbesar daripada 97 kelompok aktif terletak di Tampines, yang mempunyai 178 kes.


Jangkitan denggi tidak begitu banyak pada sebahagian besar tahun lalu, di bawah 300 kes seminggu.


Bagaimanapun Disember lalu, yang biasanya bukan musim denggi tinggi, mempunyai tiga minggu di mana terdapat lebih 300 kes dan satu minggu dengan 455 kes.


Ia mungkin tanda satu wabak besar.


Kali terakhir jumlah denggi melebihi 400 seminggu pada Disember ialah pada 2013 - tahun wabak denggi paling teruk, dengan lebih 21,000 orang didiagnosis dijangkiti penyakit itu.


Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) memberi amaran bahawa ia melihat peningkatan dalam bilangan nyamuk aedes - pembawa virus denggi - mungkin disebabkan cuaca lebih panas, yang membuat nyamuk membiak dan matang lebih cepat.


Satu lagi kebimbangan ialah perubahan dalam virus dominan. Den-1 bertanggungjawab bagi kebanyakan kes denggi di sini sejak Mac 2013, bagaimanapun virus Den-2 kini membentuk lebih separuh kes.


Mengikut pengalaman lalu, setiap kali jenis dominan berubah, jumlah kes hampir selalunya melonjak.


Kajian menunjukkan jumlah kes yang didiagnosis kecil daripada bilangan sebenar, yang lebih 20 kali ganda angka rasmi.


Ini kerana kebanyakan orang berjumpa doktor hanya jika mereka sakit teruk.


Simptom denggi termasuk demam mengejut, sakit sendi dan otot, muntah-muntah dan ruam merah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >