Jumlah kutipan derma badan amal naik kepada $1.1 bilion

JUMLAH kutipan derma yang diterima badan-badan amal di sini telah meningkat kepada $1.1 bilion tahun lalu - satu peningkatan sebanyak 12 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Demikian menurut laporan tahunan Pejabat Pesuruhjaya Pertubuhan Amal (COC) yang dikeluarkan hari ini, Rabu.

Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), berkata peningkatan tersebut mencerminkan sokongan kuat orang ramai kepada kerja-kerja amal yang dijalankan di Singapura.

COC berkata, jumlah tahun lalu itu lebih tinggi daripada jumlah $970 juta yang dikumpul pada 2013.

Selain jumlah derma, perkara lain yang didedahkan dalam laporan tahunan itu ialah langkah-langkah baru bagi mempertingkatkan ketelusan badan amal dan mempermudahkan penderma mengetahui tentang maklumat penerimanya.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 41
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.