Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah nahas jalan raya turun, laba firma insurans kenderaan naik

Mar 19, 2021 | 05:30 AM



SEKATAN semasa pandemik telah membantu syarikat insurans kenderaan untuk kembali meraih keuntungan tahun lalu, sedang angka kemalangan jalan raya merosot.



Dalam satu kenyataan semalam, Persatuan Insurans Umum Singapura (GIA) berkata segmen insurans kenderaan mencatatkan kenaikan premium bertulis kasar - iaitu jumlah premium yang dibayar pelanggan - sebanyak 0.7 peratus kepada $1.13 bilion, dan keuntungan sebanyak $104.5 juta untuk 2020.



Ini berbanding premium bertulis kasar sebanyak $1.12 bilion pada 2019 dan kerugian keseluruhan sebanyak $17.4 juta.



Tetapi persatuan itu memberi amaran bahawa jumlah kemalangan kembali meningkat sedang kegiatan ekonomi disambung semula dengan pelonggaran langkah-langkah Covid-19, lapor The Straits Times.



"Berdasarkan perangkaan terkini, jumlah laporan kemalangan yang dibuat setiap bulan kembali ke tahap lebih 80 peratus daripada jumlah Disember 2019," katanya.



Sekiranya ini berlaku, penanggung insurans motor boleh kembali mengalami kerugian tahun ini jika premium tidak berubah dan usaha untuk mengurangkan tuntutan berlebihan dan penipuan tidak ditingkatkan.



"GIA akan terus mendukung usaha untuk mempromosi keselamatan jalan raya dan melancarkan proses pelaporan kemalangan untuk melindungi pengguna kenderaan," kata persatuan itu lagi.



Insurans kenderaan kekal sebagai segmen terbesar dalam industri itu - merangkumi sekitar 28 peratus daripada jumlah premium kasar, diikuti oleh kesihatan dengan 17 peratus, hartanah 15 peratus, tanggungjawab majikan 9 peratus dan sektor marin 5 peratus.



Secara keseluruhan, industri insurans umum mencatat pertumbuhan rata untuk 2020, dengan penurunan 0.2 peratus premium tertulis kasar kepada $4.09 bilion.



Tetapi sektor ini mencatatkan keuntungan sebanyak $237.3 juta, berbanding kerugian $28 juta pada tahun 2019.



Ini menunjukkan bahawa tuntutan telah merosot. Sebagai contoh, insurans perjalanan melihat premium kasar menurun sebanyak 72.8 peratus, tetapi sektor ini mencatatkan keuntungan sebanyak $5.2 juta.



Sedang insurans kemalangan peribadi mencatatkan penurunan premium sebanyak 5 peratus, ia mencatatkan keuntungan sebanyak $ 28.1 juta.



Dengan kegiatan di tempat kerja berkurangan pada separuh pertama 2020, kes kecederaan di tempat kerja telah merosot, sekali gus mengurangkan tuntutan.



Namun, dengan pekerja yang kembali ke tempat kerja, kecederaan sedang meningkat lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >