Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah pekerja asing dijangka antara topik hangat kempen

Sep 03, 2015 | 10:00 AM



IMIGRESEN dan bilangan besar pekerja asing mungkin menjadi antara topik paling hangat yang parti pembangkang akan bangkitkan sepanjang tempoh sembilan hari kempen pilihan raya umum kali ini, yang bermula semalam (1 Sep).


Dasar-dasar Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang pemerintah mengenai imigresen akan diteliti dan dikritik parti pembangkang, yang mengambil kesempatan daripada sentimen antiwarga asing di Singapura, kata penganalisis, menurut akhbar The Straits Times.


Ini kerana isu imigresen "paling ketara dan dialami secara langsung oleh rakyat Singapura", kata ahli sosiologi Tan Ern Ser dari Universiti Nasional Singapura (NUS).


Terdapat kira-kira 1.6 juta warga asing di Singapura tahun lepas, iaitu kira-kira 29.3 peratus daripada 5.47 juta penduduk.


Parti pembangkang banyak menyalahkan jumlah besar pekerja asing ini kerana mengambil pekerjaan daripada warga Singapura, meningkatkan persaingan bagi tempat di sekolah bagus dan sistem pengangkutan awam yang penuh sesak.


Antara yang paling lantang ialah Parti Warga Diutama (SingFirst). Setiausaha agungnya, Encik Tan Jee Say, berkata dalam satu sidang media minggu lalu kemasukan warga asing "satu perkara yang sangat sedih".


SingFirst mahu "mengambil kembali negara kita daripada pemerintah yang telah memberi negara ini kepada orang asing", katanya.


Bagaimanapun, parti itu tidak mempunyai rancangan tegas mengenai cara ia mahu melakukan itu, mahupun manifesto bagi mengulas lanjut mengenai penyelesaiannya.


Parti Pekerja (WP) dan Parti Demokratik Singapura (SDP) mengambil pendekatan lebih berhati-hati, menyeru agar dibuat penyesuian pada dasar itu dan menawarkan dasar alternatif.


WP, misalnya, berkata ia tidak "antiimigresen atau antipendatang" tetapi sebaliknya mahu mengukuhkan teras Singapura dengan menaikkan kadar kelahiran.


Ia mencadangkan satu strategi pertumbuhan sifar pekerja asing jika tenaga kerja penduduk tempatan boleh bertambah 1 peratus setiap tahun.


Ia juga mahu memperkenal program pendidikan laluan terus 10 tahun bagi pelajar daripada darjah 1 hingga menengah 4 bagi mengalihjkkan tumpuan pada peperiksaan utama.


SDP, dalam manifestonya, menyalahkan dasar imigresen kerana membawa kepada kesesakan besar-besaran di Singapura, yang seterusnya menyebabkan harga hartanah meningkat dan harga Sijil Hak Memiliki (COE) kenderaan melambung.


Bagi mengelakkan jumlah pekerja asing bertambah, SDP mahu semua pekerja asing dinilai berdasarkan satu sistem mata dan digolongan dalam satu kumpulan.


Hanya mereka yang disenarai pendek dalam kumpulan itu boleh digajikan syarikat-syarikat, yang juga perlu membuktikan bahawa pekerja tempatan tidak mempunyai kemahiran yang pekerja asing itu ada.


Parti lain dijangka memberi tumpuan pada isu berkaitan Tabung Simpanan Pekerja (CPF), perumahan dan membangunkan rangkaian kebajikan sosial lebih kukuh.


Parti Pembaharuan (RP) mahu lebih banyak ketelusan dalam cara CPF digunakan.


Ia juga mahu memberi pencen tua kepada warga Singapura yang lebih tua dan geran tunai bulanan tetap kepada semua kanak-kanak di bawah 16 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >