Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah pekerjaan terus naik 75,600 dalam suku ketiga 2022

Oct 28, 2022 | 08:15 PM



JUMLAH pekerjaan, tidak termasuk pembantu rumah asing, terus meningkat dalam suku ketiga tahun ini sebanyak 75,600 berbanding 66,500 dalam suku sebelumnya, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu kenyataan pada Jumaat (28 Okt).


Bagaimanapun, pemulihan pasaran pekerja Singapura menunjukkan tanda “rentak yang semakin perlahan” dalam suku ketiga tahun ini sedang kadar pengangguran naik sedikit dan bilangan pemberhentian kerja juga meningkat walaupun kedua-duanya masih setara dengan paras sebelum Covid-19.


Menurut laporan awal pasaran pekerja suku ketiga yang dikeluarkan Jumaat, jumlah pekerjaan terus berkembang dan mengatasi paras prapandemik sebanyak 1.7 peratus bulan lalu.


Pekerjaan bukan penduduk menyumbang sebahagian besar peningkatan itu sedang ia meneruskan pemulihannya ke arah tahap prapandemik.


Peningkatan itu rata-rata dalam sektor pembinaan dan perkilangan

Seperti suku-suku lalu, lebih ramai penduduk, terdiri daripada penduduk tetap dan warga Singapura, mendapat pekerjaan, walaupun kadar peningkatan itu berkurangan berbanding suku lalu, kata MOM. 


Peningkatan rata-rata dilihat dalam sektor seperti maklumat dan komunikasi, perkhidmatan profesional dan perkhidmatan kewangan.


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >