Jumlah penagih Melayu diberkas merosot

Ervina Mohd Jamil

JUMLAH penagih dadah Melayu yang diberkas berkurangan sebanyak 4 peratus - daripada 1,773 pada 2012 kepada 1,708 tahun lalu.

Bilangan penagih baru Melayu yang diberkas juga turun, sebanyak 10 peratus kepada 513 tahun lalu, berbanding 568 pada 2012.

Ini didedahkan Biro Narkotik Pusat (CNB) menerusi laporan tahunannnya hari ini.

Namun, secara keseluruhan, jumlah penagih yang diberkas tahun lalu meningkat 2 peratus - kepada 3,574 tahun lalu berbanding 3,507 pada 2012.

Dadah heroin dan methamphetamine atau Ice juga terus dilaporkan sebagai dadah yang biasa disalahgunakan, dengan sebanyak 92 peratus penagih yang diberkas menyalahgunakan dadah jenis itu.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.