BILANGAN penumpang yang menaiki Laluan Downtown (DTL) telah meningkat dengan ketara sejak pembukaan Downtown Line 2 (DTL2), yang telah mengubah corak perjalanan penduduk di sepanjang koridor barat laut, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) semalam.
Purata bilangan penumpang Laluan Downtown harian pada hari biasa telah meningkat daripada 83,000 pada Oktober 2015 kepada lebih 250,000 pada pertengahan Julai tahun ini, katanya dalam satu kenyataan media.