Jumlah penyakit ginjal di Singapura semakin meningkat

JUMLAH pesakit buah pinggang di sini semakin meningkat.

Setiap lima jam, seorang di Singapura memerlukan pemindahan buah pinggang atau memulakan dialisis.

Tahun lepas, sekitar 1,730 orang tidak dapat menggunakan buah pinggang mereka, peningkatan dari 1,657 orang pada tahun 2013 dalam angka terkini dari Pejabat Pendaftaran Ginjal Singapura (Renal Registry).

Puncanya adalah, warga Singapura semakin gemuk dan kebanyakan daripada mereka menghidapi penyakit kencing manis, punca utama bagi penyakit ginjal jika tidak dikawal dengan teliti.

Ketua nefrologi di H Hospital Universiti Nasional (NUH), Profesor A. Vathsala berkata, selagi pesakit kencing manis tidak membuat yang terbaik untuk mengawal perkembangan penyakit mereka, jumlah penyakit buah pinggang akan terus meningkat di mana trend ini telah berterusan selama lebih daripada satu dekad.

Pada tahun 2002, 728 orang berada di tahap terakhir penyakit ginjal, dan ia meningkat kepada sekitar 1,728 orang tahun lepas.

Hari ini, walaupun berubat, hanya 40 peratus daripada pesakit kencing manis dapat mengawal kadar gula dalam darah mereka.

"Ini bermakna enam dalam 10 tidak memenuhi matlamat mereka," kata Prof Vathsala.

Ketua perubatan buah pinggang di Hospital Besar Changi (CGH), Dr Chionh Chang Yin, berkata, penyakit kencing manis adalah suatu wabak yang memerlukan pendekatan bersepadu di pelbagai peringkat.

"Ia bermula dengan polisi kesihatan dan pergerakan terhadap tabiat pemakanan yang kurang sihat dan gaya hidup tidak aktif yang menyumbang kepada wabak penyakit kencing manis," katanya.

Beliau bertambah pengesanan awal dan kawalan keadaan terkini adalah kunci untuk mencegah komplikasi seperti kegagalan buah pinggang.

Galeri Foto

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 15
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.