Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah rekod $116j diberi bagi bantu golongan miskin

Dec 17, 2015 | 11:49 AM



JUMLAH rekod $116 juta bantuan sosial diberi kepada golongan miskin Singapura dalam tahun kewangan lalu, yang berakhir Mac 2015.


Ia bertambah 10 peratus daripada tahun sebelumnya dan hampir seganda daripada $61 juta yang diberi lima tahun lalu.


Kira-kira separuh daripada wang itu datang daripada faedah yang dihasilkan oleh Dana Endowmen Care (ComCare), yang ditubuhkan pemerintah pada 2005 untuk membantu keluarga miskin mengatasi masalah kewangan mereka.


Selebihnya datang daripada bajet Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).


Secara keseluruhan, 91,093 individu dibantu tahun lalu, meningkat daripada 54,041 lima tahun lalu.


ComCare menyediakan tiga jenis bantuan: pertolongan jangka panjang, terutama bagi golongan tua miskin; bantuan sementara serta jangka pendek hingga sederhana bagi mereka yang menghadapi krisis seperti penyakit atau pemberhentian kerja; subsidi jagaan kanak-kanak, tadika dan jagaan bayi.


Peningkatan terbesar tahun lepas ialah dalam pembayaran jangka pendek, bertambah daripada $55.7 juta pada 2013 kepada $68.7 juta tahun lalu, menurut laporan tahunan terkini ComCare.


Perbelanjaan bagi bantuan jangka panjang meningkat sedikit kepada $18.7 juta, daripada $17.3 juta pada tahun sebelumnya. Data daripada laporan itu menunjukkan 65 peratus penerima bantuan jangka panjang orang tua bujang.


Dalam sebuah blog yang baru diwujudkan, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Tan Chuan-Jin, berkata: "Peningkatan (dalam bantuan kewangan ComCare) tidak terlalu mengejutkan kerana kami telah meningkatkan usaha dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk membawa bantuan lebih dekat kepada mereka yang memerlukan."


Beliau menambah: "Kami telah membina satu rangkaian Pejabat Perkhidmatan Sosial (SOSP) di seluruh pulau - satu di setiap bandar utama HDB. Ini telah menjadikan bantuan lebih mudah berbanding sebelum ini. Kami juga telah menyesuaikan beberapa kriteria pendapatan kami supaya lebih ramai orang boleh dibantu."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >