Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah rumah privet yang dibeli warga asing berkurangan

Oct 02, 2015 | 11:36 AM



Warga asing kini kurang membeli rumah di Singapura, sekali gus mungkin menyebabkan harga rumah privet jatuh.


Pembeli luar negara biasanya menambah permintaan bagi rumah lebih mahal, termasuk di kawasan tengah dan pinggir pusat bandar, tetapi pembelian mereka telah berkurangan.


Warga asing membeli kira-kira 137 rumah tidak berhalaman privet pada suku ketiga tahun ini, atau kira-kira 4 peratus, daripada jumlah keseluruhan jualan.


Ini berkurangan daripada 355, atau 9.2 peratus, pada suku ketiga 2013 dan 261, atau 10 peratus, dalam tempoh sama tahun lepas.


Pembeli China membeli kira-kira 163 rumah privet suku lalu, turun daripada 222 pada tahun sebelumnya; warga India membeli 57, turun daripada 100; rakyat Indonesia membeli 39 unit, berbanding 112; dan rakyat Malaysia membeli 184, turun daripada 224, menurut R'ST Research, lapor akhbar The Straits Times pada Jumaat (2 Oktober).


Minat berkurangan itu mungkin memainkan peranan dalam penurunan anggaran 1.3 peratus harga rumah privet pada suku ketiga, kejatuhan terbesar dalam tempoh penurunan lapan suku berturut-turut, menurut anggaran awal Lembaga Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Khamis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >