Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumpa ulat dalam bergedel Nasi Lemak, Crave sahkan cawangannya ‘bebas perosak’

Aug 17, 2023 | 02:36 PM



Seorang pelanggan yang sedang makan nasi lemak yang dibeli dari kedai Crave mendakwa terjumpa ulat dalam bergedil beliau.

Dalam hantaran Facebook yang dimuat naik pengguna Hayden Goh pada Selasa, terdapat rakaman dan gambar yang menunjukkan ulat dalam bergedil yang sudah dimakan setengah.

Bungkusan Nasi Lemak juga kelihatan hampir habis dimakan.

Pelanggan itu berkata beliau telah membeli dua paket nasi lemak dari cawangan Crave di Bedok Mall pada kira-kira 7.40 malam.

Dalam respons kepada Berita Harian (BH), Dr Abdul Malik Hassan, 51 tahun, pengasas bersama Crave Nasi Lemak Pte Ltd berkata mereka telah menarik balik semua kumpulan produk terjejas itu dari semua cawangan mereka.


Syarikat itu juga telah menghubungi pembekal mereka untuk menyiasat dengan teliti sumber dan cara makanan yang terjejas itu ditangani.

“Kami juga telah menjalankan penilaian teliti bagi piawaian kebersihan kedai itu dan mendapatkan khidmat kawalan syarikat perosak serangga profesional bagi memastikan kedai itu mengekalkan tahap piawaian kebersihan tertinggi,” katanya.

Dr Malik menambah bahawa siasatan mengesahkan bahawa protokol keselamatan makanan dipatuhi dan premis mereka “bebas perosak”, sementara produk memenuhi kesemua piawaian kesihatan dan keselamatan makanan.

Dr Malik juga berkata Crave Foods telah menghubungi pelanggan yang terjejas pada hari aduan itu dibuat bagi memastikan kesejahteraannya terjaga.

“Kami amat menghargai kepercayaan yang diletakkan pelanggan ke atas kami dan kami kekal berdedikasi menegakkan piawaian tertinggi mutu dan keselamatan makanan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >