Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jurujual baik hati Noriza A. Mansor Tokoh Singapura Tahun 2015

Feb 02, 2016 | 02:29 PM



SEORANG jurujual, Cik Noriza A. Mansor, terpilih sebagai Tokoh Singapura Tahun Ini Straits Times sulung.


CIK Noriza, 50 tahun, menewaskan sembilan calon lain bagi anugerah bagi tahun 2015 itu, yang bertujuan mengiktiraf warga Singapura yang menunjukkan tindakan baik hati, kepintaran atau ketabahan luar biasa bagi masyarakat mereka dan kehidupan orang lain pada 2015.


Kemenangan beliau diputuskan selepas satu undian awam dan perbincangan oleh jemaah 15 orang hakim.


Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyampaikan trofi Tokoh Singapura Tahun Ini dan hadiah wang tunai $20,000 kepada Cik Noriza dalam satu majlis di UBS Business University pada Selasa (2 Februari).


Ibu tunggal lima anak itu menghadiri majlis tersebut bersama tiga daripada anaknya dan juga bakal menantu perempuannya.


Cik Noriza, yang bekerja sebagai promoter cadar, menjadi berita utama pada Oktober 2014 apabila beliau membantu seorang lelaki tua yang terbuang air besar kotor semasa membeli barangan runcit bersama isterinya yang berkerusi roda di sebuah pasar raya Toa Payoh.


Orang lain berasa mual terhadap orang tua tersebut dan bau busuk, tetapi tindakan Cik Noriza - melutut untuk mengelap najis kering dari kakinya dan membelikannya seluar pendek baru - membuat seorang pemerhati menangis.


Malah sejak hari itu, beliau melawat Encik Tan Soy Yong dan isterinya, Cik Lee Bee Yan, kedua-duanya 70 tahun, apabila tidak bekerja walaupun selepas mereka dipindahkan ke rumah penjagaan.


Cik Noriza, yang kehilangan ibu bapa ketika berusia 21 tahun, berkata beliau menganggap pasangan warga emas itu seperti ibu bapa angkatnya.


Beliau bercadang menggunakan sebahagian daripada hadiah $20,000 itu untuk mengubah suai flat empat bilik flatnya di Tampines dan menyimpan bakinya bagi anak-anaknya.


Calon lain anugerah itu termasuk perunding jualan Ang Thiam Hock, 52 tahun, jurutera Peter Ho, 37 tahun, dan perenang Paralympian Yip Pin Xiu, 24 tahun.


Mereka masing-masing menerima $5,000 daripada penaja UBS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >