Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jurujual Sim Lim yang tipu pelanggan menangis, rayu belas simpati hakim

Jan 06, 2016 | 07:06 PM



SEORANG jurujual menangis di mahkamah pada Selasa (5 Jan), merayu belas kasihan kerana menipu dua pelanggan di kedainya di Sim Lim Square. Namun, hakim menolak sambil berkata dia tidak mempunyai rasa bersalah, dan menjatuhkan hukuman penjara 28 minggu.


Justin Chew Chee Kin, 36 tahun, yang sebelum ini seorang jurujual di Terminal Gadget, yang telah gulung tikar, mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan bersubahat dengan bos kedai itu, Chung Choon Cheik, 33 tahun, alias Gavin, untuk menipu dua pelanggan pada 2014.


Chew pekerja pertama kedai itu dijatuhi hukuman. Kesemuanya, lima lelaki dari kedai tersebut, termasuk Chung, didakwa pada Oktober tahun lalu menipu pelanggan mereka.


Mahkamah diberitahu bahawa Chew mula bekerja untuk Chung, juga warga Malaysia, pada April 2014.


Chung didakwa mengajar kakitangannya cara menipu pelanggan. Kakitangan akan menawarkan telefon bimbit pada harga menarik. Selepas pelanggan membuat pembayaran awal, mereka akan menipunya untuk membayar lebih.


Pada 30 September 2014, Chew menyebut harga $300 bagi sebuah telefon bimbit iPhone 4S Apple kepada seorang warga China.


Setelah pelanggan itu bayar, beliau diminta menandatangani dokumen yang kononnya jaminan dua tahun di seluruh dunia bagi telefon tersebut.


Chew kemudian meminta beliau membayar $480 bagi jaminan itu.


Pelanggan tersebut menghubungi polis. Akhirnya, beliau membatalkan pembelian itu tetapi dipaksa membayar bayaran pembatalan sebanyak $288.


Chew mengulangi kesalahan itu ke atas seorang lagi warga China, yang terpaksa membayar bayaran pembatalan $215.


Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Muhammad Faizal meminta mahkamah mengenakan hukuman berat penjara empat bulan bagi setiap pertuduhan.


Beliau berkata kes penipuan di kedai itu mewujudkan "rasa sangat bimbang" dalam kalangan orang ramai, bersama kes serupa di kedai Mobile Air di Sim Lim Square.


Persatuan Pengguna Singapura (Case) menerima 2,000 aduan terhadap peruncit di Sim Lim Square, Lucky Plaza dan Pusat Taman Rakyat dari 2012 hingga 2014, katanya.


Dalam mitigasinya, Chew, yang tidak mempunyai peguam, berkata dia perlu menyara keluarganya.


"Saya dengan rendah diri memohon hukuman ringan... keluarga saya memerlukan saya," katanya sambil menangis.


Namun, Hakim Daerah Jasvender Kaur memberitahunya: "Awak tidak mempunyai rasa bersalah dalam menjalankan penipuan keji terhadap pelanggan yang tidak mengesyaki apa-apa."


Beliau menjatuhkan hukuman 14 minggu bagi setiap pertuduhan, dengan dua hukuman berjalan berasingan.


Tahun lepas, bos Mobile Air dan empat kakitangannya masing-masing dihukum penjara empat hingga 33 bulan kerana menipu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >