Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jurulatih badminton dipenjara lima tahun sebab asuh budak lelaki bagi kegiatan seks

Jan 13, 2016 | 02:45 PM



SEORANG jurulatih badminton bebas, yang mendera secara seksual seorang murid lelaki lebih setahun, dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada Rabu (13 Jan).


Lelaki berusia 32 tahun itu, yang tidak boleh dinamakan kerana perintah larangan, mengaku bagi 10 daripada 23 tuduhan, yang termasuk melakukan tindakan tidak senonoh dengan budak itu, yang berusia 13 tahun ketika itu, dan membuat dia melakukan seks oral.


Mahkamah diberitahu bahawa dia mula mengenali murid itu pada 2012 ketika menjadi penolong jurulatih badminton sekolah.


Dia berhenti pada akhir 2013 untuk menjadi seorang jurulatih bebas. Murid berkenaan berhenti daripada pasukan badminton sekolahnya pada pertengahan 2014 dan menyertai kelas badminton peribadi jurulatih itu.


Antara 2012 dan 2014, jurulatih itu menjalin hubungan rapat dengan murid tersebut, yang melihat dia bukan sebagai jurulatih sahaja, bahkan contoh dan mentor, kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Randeep Singh Kooner.


Antara 2013 dan 24 Oktober 2014 - hari dia ditangkap semasa berada di dalam keretanya di tempat letak kereta terbuka bersama murid itu, yang dalam keadaan telanjang - dia mengasuh dan memberi tekanan ke atas budak itu untuk melakukan kegiatan seks dengan dia.


Apabila budak itu memutuskan berhenti dan mengelakkannya pada September 2014, mereka bertekak menerus WhatsApp.


Pada 19 September tahun itu, jurulatih tersebut memberi murid berkenaan peluang terakhir dan memintanya bertemunya di Dewan Sukan Hougang. Budak itu setuju sebab bimbang kehilangan jurulatih dan mentor,


Di situ, jurulatih itu menyuruh budak tersebut memasuki tandas lelaki dan menghisap kemaluannya.


Pada tetang itu, dia menyuruh budak itu mengambil dan menghantar gambarnya dalam keadaan telanjang menerusi WhatsApp. Budak itu akur.


Semasa menjatuhkan hukuman, Hakim Daerah Salina Ishak berkata: "Tertuduh merosakkan budak bawah umut itu apabila dia menyalah guna kedudukannya sebagai orang yang dipercayai, apabila dia menggalak mangsa melibatkan diri dalam kegiatan seksual buat kali pertama."


Beliau membenarkan jurulatih itu memulakan hukumannya pada 15 Februari dan menambahkan jumlah ikat jamin sebanyak $10,000 kepada $ 25,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >