Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jurulatih badminton mengaku pupuk jalinan seks dengan budak lelaki

Oct 28, 2015 | 10:19 AM



SEORANG jurulatih badminton bebas mengaku pada Selasa (27 Okt) memupuk hubungan seksual dengan seorang pelajar yang dia latih.


Pada 24 Oktober lalu, lelaki berusia 32 tahun itu ditangkap apabila polis ternampak dia bersama budak lelaki yang telanjang itu di dalam kereta di tempat letak kereta terpencil berhampiran Singapore Island Country Club.


Nama kedua-duanya tidak boleh disiar demi melindungi identiti kanak-kanak itu.


Lelaki tersebut mengaku bersalah bagi 10 daripada 23 tuduhan.


Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Randeep Singh Koonar berkata lelaki itu mengenali pelajar tersebut pada 2012, apabila dia menjadi penolong jurulatih pasukan badminton sekolahnya.


Pada 2013, dia mencabuli budak tersebut, yang berusia 14 tahun ketika itu, di dalam tandas lelaki.


Pada Jun tahun itu, mangsa dan rakan sepasukannya pergi bercuti di Phuket. Tertuduh, yang menyertai mereka, terlibat dalam perbuatan seksual dengan kanak-kanak itu.


Ini juga berlaku apabila pasukan itu menyertai satu kejohanan di Batam pada Disember.


Lelaki tersebut berhenti daripada pasukan sekolah itu pada akhir 2013. Pada pertengahan tahun lalu, mangsa berhenti menyertai pasukan badminton sekolahnya untuk mendapatkan latihan peribadi bersama tertuduh.


Bagaimanapun beberapa bulan kemudian, budak itu mula mengelakkan tertuduh kerana mahu kegiatan seksual mereka dihentikan. Ini menyebabkan pertengkaran antara mereka.


Pada 19 September lalu, mereka bertemu di Dewan Sukan Hougang dan mengadakan hubungan seks. Ia adalah "untuk menguji komitmen mangsa kepadanya", kata DPP Singh.


Kes itu ditangguhkan ke 17 November.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >