SEORANG jururawat menumbuk muka bekas teman lelaki adik perempuannya semasa satu perbalahan keluarga sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan pada mukanya.
Muhammad Hadi Nuri, 28 tahun, menumbuk Encik Muhammad Ridwan Omar, 24 tahun, kerana merasakan bekas teman lelaki adiknya itu menunjukkan “muka yang angkuh” kepada ibunya.
Hadi dijatuhi hukuman penjara enam minggu hari ini (1 Ogos) selepas mengaku bersalah terhadap satu tuduhan menyerang seseorang, menurut akhbar The Straits Times.
Akibat ditumbuk Hadi, Encik Ridwan diberi cuti hospital 17 hari.
Mahkamah juga diberitahu bahawa Hadi memberinya $6,290 bagi kos perubatannya.
Hadi kini dibebas dengan ikat jamin $15,000 dan diarah menyerah diri di Mahkamah Negara pada 6 Ogos bagi memulakan hukuman penjaranya.