Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jururawat Muslim boleh pakai tudung mulai November

ndr
Aug 29, 2021 | 08:56 PM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengumumkan bahawa mulai November ini, jururawat Muslim di sektor kesihatan awam akan dibenarkan memakai tudung dengan seragam mereka, jika mereka mahu.

Beliau menjelaskan, memakai tudung telah menjadi semakin penting buat masyarakat Muslim.

Ia mencerminkan trend keagamaan yang lebih kuat dalam Islam, di seluruh dunia, di Asia Tenggara, dan di Singapura.





“Bagi ramai wanita Muslim, ini telah menjadi bahagian penting daripada kepercayaan mereka, dan gambaran identiti yang amat dirasakan mereka.

“Dalam tempoh beberapa dekad lalu, lebih ramai wanita Muslim di Singapura yang telah memakai tudung, di kedua-dua sekitaran sosial dan di tempat kerja,” ujarnya.

Hari ini, kata PM Lee, tudung biasa dipakai di kebanyakan tempat tanpa batasan – termasuk tempat awam, di tempat kerja, dan di Parlimen.





“Saya harap keputusan ini akan diterima semua pihak dengan semangat yang betul, dalam usaha untuk memperkukuh iltizam bersama kita bagi masyarakat berbilang kaum dan agama Singapura,” tambah beliau.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >