Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jurutera dipenjara 7 bulan kerana cabul wanita dalam MRT

Jul 08, 2016 | 03:18 PM



SEORANG penyelia mekanikal dan elektrik dihukum penjara tujuh bulan pada Jumaat (8 Julai) kerana mencabul kehormatan seorang wanita dalam kapal kereta api MRT Laluan Timur Barat.



Kyaw Myo That, 33 tahun, lulusan ijazah kejuruteraan dari Universiti Teknologi Mandalay, didapati bersalah bulan lalu kerana menyentuh kawasan coli kiri di bawah ketiak wanita berusia 22 tahun itu ketika kereta api dalam perjalanan dari Tanjong Pagar ke stesen City Hall pada 8 Mei tahun lalu.



Wanita itu memberi keterangan beliau menaiki kereta api tersebut di Boon Lay untuk pergi ke kerja dan duduk di sebelah kiri tempat duduk keutamaan di stesen Buona Vista. Kyaw duduk dikirinya.



Beg tangan wanita itu diletak di pangkuannya dengan tangkainya di bawah ketiak kiri beliau.



Wanita itu perasan Kyaw bergerak lebih dekat padanya tetapi tidak mengisahkannya sangat. Kemudian, beliau merasa bahagian kiri colinya bergerak. Menyangka ia disebabkan beg tangannya, beliau mengalihkan tangkai beg itu ke depan.



Bagaimanapun di stesen Tanjong Pagar, beliau merasa lagi pergerakan itu dan kemudian nampak tiga jari Kyaw pada buah dada kirinya.



Kyaw kemudian senyum padanya.



Apabila kereta api meninggalkan stesen City Hall, wanita itu segera berdiri dan keluar di stesen Bugis, dan Kyaw mengekorinya.



Ketakutan, dia menelefon sepupunya dan meminta beliau terus bercakap dengannya di telefon. Kyaw mengekorinya hingga beliau sampai ke tempat kerjanya.



Wanita itu kemudian menelefon abangnya yang terpaksa menenangkannya selama 20 minit kerana beliau menangis. Wanita itu membuat laporan polis esoknya.



Kyaw berhujah dia tersentuh wanita itu kerana tertidur sekali-sekali.



Hakim Daerah Eddy Tham menyabitkan kesalahan Kyaw bulan lalu, selepas dia menukar ceritanya mengenai apa berlaku.



Dalam kenyataan polis, Kyaw berkata dia berasa mengantuk dalam kereta api lalu memeluk tubuh dengan tangan kiri diletak di bawah ketiak kanannya. Ini sama dengan versi wanita berkenaan.



Tetapi di mahkamah, Kyaw menyempang daripada kenyataannya itu untuk menyokong hujah pembelaannya bahawa tidak mungkin dia boleh melakukan perbuatan itu.



"Oleh itu, saya tidak ada masalah memutuskan tertuduh memang menyentuh PW1 (mangsa) di bahagian buah dada kiri menggunakan tiga jari semasa tangan kirinya berada di bawah ketiak tangan kanannya," kata Encik Tham.



Beliau bersetuju dengan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) James Low bahawa kesalahan seperti itu dalam pengangkutan awam mesti dihalang dengan tegas kerana mangsa sukar memastikan sama ada sentuhan itu disengajakan atau tidak.



Dalam kes itu, mangsa memberi manfaat keraguan pada Kyaw pada mulanya, hinggalah beliau melihat jarinya menyentuh kawasan buah dadanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >