JustCo sediakan ruang bekerja bagi peniaga baru di CBD

USAHAWAN baru yang masih bertatih dalam perniagaan dan mememerlukan ruang untuk menjalankan kerja-kerja permulaan mereka kini boleh memanfaatkan sebuah ruang bekerja bersama terbesar di Kawasan Pusat Bandar (CBD).

Terletak di 120 Robinson Road, khidmat tersebut disediakan oleh JustCo, penyedia khidmat ruang pejabat yang dimiliki syarikat setempat JustGroup.

Dibuka bulan lalu, JustCo menguasai empat tingkat bangunan tersebut termasuk dua tingkat teratas yang menawarkan pandangan bangunan-bangunan pencakar langit Singapura.

Dalam kenyataannya, JustGroup berkata JustCo ditawarkan untuk memenuhi permintaan meningkat khidmat ruang bekerja yang menyepadukan gaya hidup, masyarakat dan teknologi dalam sekitaran bekerja.

"Ia menawarkan sekitaran terbuka dan dinamik termasuk ruang bersama yang luas untuk menjalin rangkaian kerja dan kerjasama, selain mempunyai bilik permainan bagi pelanggan relaks dan bersantai.

"Para pelanggan mempunyai fleksibiliti untuk menggunakan meja atau ruang studio khusus dan selamat dengan akses kepada semua kemudahan," kata JustGroup yang diasaskan pada 2012.

Selain JustCo, JustGroup juga mempunyai khidmat pejabat yang diberi nama JustOffice.

Selepas empat tahun, khidmat pejabat JustOffice itu kini terletak di lima bangunan - Asia Square, AXA Tower, PWC Building, Samsung Hub dan Westgate Tower.

JustGroup juga kini sedang meluaskan perniagaannya di peringkat serantau bermula dengan China, dengan khidmatnya bakal diperkenalkan akhir tahun ini.

Bahkan, syarikat itu telah menerima pelaburan tambahan dari firma pengurusan aset Tikehau Capital Partners dari Eropah dan Pinetree Capital Partners dari Singapura untuk meluaskan perniagaannya di sini dan peringkat serantau.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 34
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.