Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jusuf Kalla: Indonesia tidak izin warganya yang terlibat dalam kebakaran hutan didakwa di Singapura

Jun 13, 2016 | 11:13 AM



JAKARTA: Indonesia tidak akan membenarkan seorang rakyatnya yang dituduh menyebabkan kebakaran hutan pada 2015 "diproses" di bawah undang-undang Singapura, kata Naib Presiden Indonesia, Encik Jusuf Kalla, pada Ahad (12 Jun).



"Jika ada kesalahan, Singapura boleh mengambil tindakan tetapi (kesalahan itu) berlaku di Indonesia, itu yang menjadi keprihatinan," ujar beliau di luar sebuah acara masyarakat di Jakarta.



Encik Kalla merujuk kepada percubaan Singapura mengambil tindakan terhadap syarikat bertanggungjawab menyebabkan kebakaran hutan di Indonesia yang membawa kepada krisis jerebu serantau tahun lalu.



Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) Singapura berkata bulan lalu ia telah memperoleh waran mahkamah terhadap seorang pengarah syarikat Indonesia selepas beliau gagal hadir bagi temuduga, walaupun telah disampaikan notis undang-undang untuk menjelaskan langkah-langkah yang diambil syarikatnya untuk menangani kebakaran di tanah konsesinya.



NEA berkata tindakan itu selaras dengan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan 2014, yang membenarkan pendakwaan syarikat penyebab jerebu.



Sesetengah pengkritik di Indonesia berkata langkah NEA itu adalah serangan ke atas kedaulatan Indonesia.



Tidak lama selepas pengumuman NEA itu, Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Cik Siti Nurbaya Bakar, dilaporkan berkata pada 14 Mei bahawa kerjasama dua hala tertentu akan ditamatkan dan yang lain tertakluk pada "kajian besar".



Bagaimanapun minggu lepas, Singapura memperbaharui pakej bantuan jerebu kepada Indonesia, yang ditawarkan sejak 2005 bagi menyokong usaha pencegahan kebakaran di Indonesia.



Pakej bantuan jerebu itu termasuk, antara lain, sebuah pasukan daripada Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memberi bantuan penilaian dan perancangan memadam kebakaran kepada rakan mereka di Indonesia, sebuah pesawat C-130 untuk operasi pembenihan awan dan gambar satelit resolusi tinggi kebakaran dan koordinat lokasi kebakaran.



Beberapa syarikat perladangan lain di Indonesia juga disiasat oleh pihak berkuasa Singapura walaupun terdapat bantahan daripada beberapa pegawai di Jakarta.



Singapura bersedia mendakwa sembarang syarikat Indonesia yang menyebabkan kebakaran yang membawa kepada jerebu tahun lalu, lapor Bloomberg pada Jumaat lepas (10 Jun).



Pihak berkuasa di Singapura telah memerintahkan enam pembekal syarikat pulpa dan kertas terbesar Indonesia, Asia Pulp and Paper, menyediakan maklumat mengenai cara mereka merancang mencegah kebakaran di tanah mereka, kata Menteri Sekitar dan Sumber Air Singapura, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



"Kami berdiri di atas prinsip moral tinggi," katanya. "Kami mendapat sokongan daripada masyarakat antarabangsa. Kami tidak melakukan apa-apa jenayah dan tidak salah. Kami hanya meminta syarikat dan para pengarah mengaku dan bertanggungjawab atas apa yang mereka lakukan."



Enam syarikat itu menghadapi denda hingga $100,000 sehari bagi setiap hari kebakaran, kata Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >