Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kabinet baru perkenalkan tiga Menteri Penyelaras

Dua kementerian ada dua menteri penuh; Dr Maliki jadi Menteri Negara Kanan; AP baru Amrin Amin dilantik Setiausaha Parlimen Ehwal Dalam Negeri
Sep 29, 2015 | 06:00 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan barisan Kabinet barunya hari ini.


Encik Lee memperkenalkan tiga Menteri Penyelaras, yang masing-masing akan menyelia beberapa Kementerian, manakala dua kementerian - Pendidikan dan Perdagangan dan Perusahaan - mempunyai dua menteri penuh.


Selain itu beliau mengumumkan perubahan kabinet melibatkan pemimpin Melayu.


Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, yang juga Menteri Perhubungan dan Penerangan akan terus mengekalkan jawatannya.


Sementara itu, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad yang dilantik sebagai Menteri Sekitaran dan Sumber Air baru juga akan membantu Dr Yaacob dalam isu ehwal masyarakat Islam.


Encik Masagos mengambil alih tempat Dr Vivian Balakrishnan di Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR), sementara Dr Balakrishnan kini dilantik sebagai Menteri Ehwal Luar.


Perdana Menteri Lee Hsien Loong mendedahkan demikian ketika mengumumkan barisan Kabinet baru Singapura dalam satu sidang media di Istana petang tadi.


Encik Lee mengumumkan demikian kira-kira dua minggu selepas Parti Tindakan Rakyat (PAP) menang besar dalam pilihan raya umum baru-baru ini.


Dalam pada itu, Dr Mohamad Maliki Osman pula dinaikkan pangkat daripada Menteri Negara (Pertahanan merangkap Pembangunan Negara) kepada Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar).


Sementara itu, Profesor Madya Faishal Ibrahim yang sebelum ini Setiausaha Parlimen (Pengangkutan dan Kesihatan) pula dilantik Setiausaha Parlimen (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan).


Encik Amrin Amin yang baru dilantik sebagai Anggota Parlimen dalam pilihan raya baru-baru ini pula dilantik Setiausaha Parlimen Ehwal Dalam Negeri.dengan mengekalkan Dr Yaacob Ibrahim sebagai Menteri Perhubungan dan Penerangan serta Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.


Encik Masagos Zulkifli pula akan membantu beliau dalam Ehwal Masyarakat Islam dan Encik Masagos dilantik sebagai Menteri Sekitaran dan Sumber Air yang baru.


Dr Mohamad Maliki Osman pula dinaikkan pangkat sebagai Menteri Negara Kanan bagi Ehwal Luar merangkap Pertahanan.


Cik Halimah Yaacob akan dilantik semula sebagai sebagai Speker Parlimen apabila bersidang pada Januari ini.


Encik Amrin Amin, yang baru dilantik sebagai Anggota Parlimen pula dilantik Setiausaha Parlimen Ehwal Dalam Negeri.


Profesor Madya Faishal Ibrahim pula dilantik Setiausaha Parlimen bagi Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >