Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kad waran baru bagi pegawai polis mulai esok

Feb 29, 2016 | 06:55 PM



PEGAWAI polis akan menggunakan kad waran baru mulai esok.


Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata, selain dari reka bentuk kad yang baru, ciri-ciri keselamatan bagi mencegah penipuan identiti telah dipertingkatkan bagi mengelak mereka yang cuba menyamar sebagai pegawai polis.


Apabila kad tersebut dicondongkan pada satu arah, perkataan holografik 'POLICE' akan kelihatan di bawah gambar pegawai polis.


Di sebelah kanan kad tersebut pula terdapat lima lencana holografik polis berturutan antara satu sama lain.


Kad waran baru itu akan menggantikan kad sedia ada yang digunakan semua pegawai sepenuh masa, sukarelawan, anggota perkhidmat negara polis , anggota siap operasi perkhidmatan negara polis serta pegawai polis bantuan.


Polis menasihatkan orang ramai untuk memeriksa ciri-ciri keselamatan yang baru itu jika mereka dihampiri mereka yang mendakwa diri sebagai pegawai polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >