Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar 4% bagi Akaun Khas, Medisave dan Persaraan CPF dilanjut

Sep 21, 2016 | 03:12 PM



SEMUA anggota Tabung Simpanan Pekerja (CPF) akan terus mendapat kadar faedah minimum 4 peratus bagi Akaun Khas, Medisave dan Persaraan (SMRA) hingga 31 Dis tahun depan (2017).

Satu kenyataan media bersama Lembaga CPF dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Rabu (21 Sept) berkata pemerintah telah memutuskan melanjutkan kadar itu setahun lagi "memandangkan persekitaran kadar rendah faedah yang berterusan".

Tempoh kadar itu seharusnya tamat pada akhir 2016.

Kadar minimum 4 peratus itu diperkenal pada 2008 selama dua tahun. Ia kemudiannya dilanjutkan memandangkan keadaan ekonomi global dan hakikat bahawa kadar faedah sangat rendah.

Sementara itu, kadar faedah bagi simpanan dalam Akaun Biasa (OA) akan dikekalkan pada 2.5 peratus setahun dari 1 Okt hingga 31 Dis tahun ini.

Ini kerana kadar yang dikira - yang diperolehi daripada purata tiga bulan kadar faedah bank utama tempatan dari Mei hingga Julai - sebanyak 0.24 peratus lebih rendah daripada kadar faedah minimum yang digubal.

Kadar faedah konsesi bagi pinjaman gadai janji HDB, ditetapkan 0.1 peratus di atas kadar faedah OA, juga akan kekal pada 2.6 peratus dalam tempoh sama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >