Kadar banduan bentan meningkat

KADAR banduan yang masuk penjara semula kerana membuat kesalahan baru dalam tempoh dua tahun setelah dibebaskan meningkat sedikit berbanding dua tahun sebelumnya.

Mendedahkan perangkaan terbaru dalam satu taklimat media kelmarin, Khidmat Penjara Singapura (SPS) berkata, sebanyak 27.4 peratus banduan yang dibebaskan pada 2011 memasuki penjara semula dalam tempoh dua tahun.

Ini adalah satu kenaikan berbanding 23.6 peratus pada 2010 dan 26.7 peratus pada 2009.

Perangkaan banduan yang masuk semula ke pusat pemulihan dadah (DRC) dalam tempoh dua tahun setelah dibebaskan juga meningkat, dengan sebanyak 31.1 peratus yang dibebaskan pada 2011 memasuki DRC semula.

Ini lebih tinggi berbanding 27.5 peratus pada 2010 dan 27.1 peratus pada 2009.

Seramai 13,726 banduan dibebaskan penjara pada 2011; 12,818 dibebaskan pada 2012; dan 12,687 dibebaskan pada 2013.

Sementara itu, seramai 705 banduan dibebaskan daripada DRC pada 2011; 1,152 dibebaskan pada 2012; dan 1,257 dibebaskan pada 2013.

SPS berkata kadar banduan memasuki penjara semula naik turun setiap tahun dan ia bergantung pada beberapa faktor seperti kesanggupan banduan untuk berubah dan sokongan masyarakat serta keluarga.

Profil setiap kohort banduan yang dibebaskan juga berbeza setiap tahun.

"SPS maklum bahawa kadar banduan yang masuk semula ke penjara telah meningkat sedikit tahun ini. SPS akan terus memantau keadaan secara dekat dan beriltizam menghindari banduan daripada mengulangi kesalahan mereka," kata SPS.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 37
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.