Kadar ERP dikurangi, tempoh VEP dipendekkan semasa cuti sekolah Jun

BAYARAN Elektronik Jalan Raya (ERP) di jalan raya dan ekspreswe terpilih akan dikurangkan manakala operasi Permit Masuk Kenderaan (VEP) akan dipendekkan bagi cuti sekolah Jun akan datang, umum Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (23 Mei).

Kadar dan waktu operasi yang disemak semula akan berkuat kuasa dari Sabtu (Mei 28) hingga 26 Jun.

Kadar ERP di 23 gantri akan dikurangkan $1 semasa tempoh yang ditetapkan oleh LTA.

Pengurangan itu ialah 50 sen bagi gantri - dua di Bendemeer Road dan Woodsville Tunnel, serta yang di Dunearn Road - yang kadar ERP-nya 50 sen.

Sementara itu, waktu operasi VEP akan berakhir lebih awal pada tengah hari pada hari kerja sepanjang tempoh sama.

Pemandu kereta dan motosikal asing dikecualikan daripada membayar VEP jika mereka masuk ke Singapura selepas 12 tengah hari dan keluar sebelum 2 petang esoknya.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 27
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.