Kadar inflasi terus susut pada Mac

KADAR inflasi di Singapura kekal negatif buat lima bulan berturut-turut pada bulan lalu sedang kos pengangkutan peribadi, penginapan dan makanan merosot.

Kadar inflasi yang merangkumi semua barangan dan perkhidmatan merosot 0.3 peratus bulan lalu, berbanding tempoh yang sama tahun lalu, menurut kenyataan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) hari ini.

Ini adalah kadar penurunan yang sama dicatatkan pada Februari.

Namun, para pengamat menjangkakan kadar kemerosotan lebih tinggi, 0.5 peratus berdasarkan tinjauan Bloomberg ke atas 16 pakar ekonomi.

Kos penginapan susut 2.2 peratus pada Mac hasil daripada pasaran perumahan yang terus lemah. Pada Februari, kos penginapan susut 2.1 peratus.

Kos pengangkutan peribadi juga terus mengecut, tetapi pada kadar lebih sederhana - 4 peratus berbanding kejatuhan 5.8 peratus pada Februari.

Ini menyusuli langkah pemerintah untuk menaikkan kadar cukai petrol, jelas MAS dan MTI.

Sementara itu, harga makanan turun lebih sederhana, 2.1 peratus pada Mac, berbanding kemerosotan 2.5 peratus pada Februari, ekoran permintaan lebih perlahan selepas Tahun Baru Cina.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 60
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.