Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar pengangguran berkurang pada Jan-Mac

Apr 28, 2016 | 12:47 PM



PENGANGGURAN keseluruhan kekal mantap dalam suku tiga bulan pertama tahun ini, manakala kadar pengangguran bagi warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) bertambah baik.



Kadar pengangguran yang disesuaikan mengikut musim ialah 1.9 peratus pada Mac. Kadar bagi warga Singapura berkurangan kepada 2.6 peratus, daripada 3 peratus pada Disember, dan untuk gabungan warga dan PR Singapura ialah 2.7 peratus, turun daripada 2.9 peratus.



Ini sebahagian besarnya kerana kumpulan anak muda berumur 15 hingga 24 tahun yang bekerja atau sedang mencari pekerjaan adalah lebih kecil.



Demikian menurut anggaran awal yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Khamis (28 April).



Laporan itu juga menunjukkan pertumbuhan pekerjaan sebanyak 11,400 pada suku pertama tahun ini, yang didorong terutamanya oleh perkhidmatan, lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu, apabila pekerjaan menguncup sebanyak 6,100.



Namun, pertumbuhan suku pertama itu masih lebih rendah daripada pertumbuhan pada suku keempat tahun lepas.



Sektor pengilangan melihat pekerjaan berkurangan buat enam suku berturut-turut, dengan jumlah pekerja berkurangan 2,000 pada Mac berbanding Disember.



Jumlah guna tenaga mencapai 3,667,600 pada Mac 2016.



Walaupun sektor perkhidmatan menyaksikan peningkatan pengambilan, pemberhentian dalam sektor itu juga meningkat pada suku lalu kepada 2,500.



Secara keseluruhan, kira-kira 4,600 pekerja kehilangan pekerjaan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, lebih tinggi daripada 3,500 sepanjang tempoh sama tahun lalu, tetapi lebih rendah daripada 5,370 pada suku empat tahun lepas.



MOM berkata ini kerana penyusunan semula perniagaan yang sedang berterusan.



Penguasa Kewangan Singapura (MAS) berkata pada Rabu (27 April) bahawa permintaan dan bekalan rendah buruh boleh membawa kepada pengangguran semakin meningkat, pekerjaan baru lebih sederhana, dan lewahan pekerja dalam sektor yang menghadapi permintaan luar lemah dan yang sedang menjalani penyusunan semula tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >