Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kafe istimewa kendalian 'kru' berkeperluan khas

Dibuka kepada orang ramai sejak minggu lalu supaya dapat berinteraksi dengan golongan istimewa
Jan 14, 2018 | 05:30 AM



MASUK sahaja ke dalam kafe ini dan ia kelihatan seperti kafe biasa lain di Singapura - dengan rekaan dalaman moden, tempat duduk selesa, bau kopi yang harum semerbak serta kek warna-warni yang dipamerkan untuk menarik perhatian pelanggan.



Namun, berbeza daripada kebanyakan kafe lain, kafe yang dinamakan Seeds Cafe di Rainbow Centre Margaret Drive School ini dikendalikan beberapa pelajar berkeperluan khas sebagai sebahagian program bekerja sambil belajar yang mereka ikuti.



Mereka merupakan pelajar berusia 17 hingga 18 tahun daripada sekolah pendidikan khas Rainbow Centre.



Menurut Ketua Jabatan Perusahaan dan Pembangunan Vokasional Rainbow Centre, Encik Jimmy Ong, kafe itu dibuka kepada orang ramai sejak minggu lalu.



Ditanya tentang matlamat Seeds Cafe, Encik Ong berkata ia bertujuan membangunkan kemahiran vokasional pelajar bagi mempersiapkan mereka selepas tamat sekolah nanti serta mendekati masyarakat secara umumnya.



"Kami ingin mendekati masyarakat untuk berkongsi tentang orang kurang upaya dan meningkatkan kesedaran.



"Oleh itu, kami rasa ini satu wadah baik untuk melakukan sedemikian.



"Orang ramai boleh datang ke kafe ini dan menikmati suasana kafe serta makanan dan minuman yang dihidangkan seperti biasa.



"Pada masa sama, mereka juga dapat berinteraksi dengan golongan istimewa ini secara semula jadi," jelas Encik Ong.



Pada masa akan datang, beliau berkata pihaknya juga merancang mengadakan pelbagai acara di kafe itu seperti Farmers' Market, bengkel dan lain lagi.



Menurut Encik Ong, kafe itu turut dijayakan rakan kerja masyarakat yang berkongsi kepakaran mereka termasuk firma seni bina dalaman LAANK bagi rekaan dalaman kafe itu; Phunk Studio bagi penjenamaan serta beberapa pemilik kafe bagi latihan membuat kopi.



Seeds Cafe mula beroperasi Oktober lalu, dengan mengambil kumpulan pertama pelajar yang bekerja sambil belajar di sana selama dua bulan.



Namun ketika itu, ia hanya dibuka kepada kakitangan mereka sahaja sebelum dibuka kepada orang awam tahun ini.



Encik Ong berkata pelajar istimewa yang mengikuti program bekerja sambil belajar di Seeds Cafe menjalani persiapan seawal usia mereka 15 tahun.



Mereka antara lain didedahkan kepada industri makanan dan minuman serta dibawa melawat ke kafe.



Apabila mereka berusia 17 hingga 18 tahun pula, mereka akan menjalani sesi dalam bilik darjah selama sekitar tiga bulan sebelum memulakan program bekerja sambil belajar di Seeds Cafe pada bulan Mac.



Program selama tujuh bulan itu berlangsung sehingga Oktober.



Di kafe itu, mereka berpeluang belajar pelbagai kemahiran dan menjalankan bermacam tugas termasuk membuat minuman, menyiapkan makanan serta membersihkan meja.



Mereka antara lain juga dibimbing dua pekerja sepenuh masa - seorang penyelaras kafe dan seorang kru - serta dua jurulatih yang membimbing mereka dari bilik darjah ke tempat kerja mereka iaitu di kafe itu.




"Kami ingin mendekati masyarakat untuk berkongsi tentang orang kurang upaya dan meningkatkan kesedaran. Oleh itu, kami rasa ini satu wadah baik untuk melakukan sedemikian. Orang ramai boleh datang ke kafe ini dan menikmati suasana kafe serta makanan dan minuman yang dihidangkan seperti biasa.
- Ketua Jabatan Perusahaan dan Pembangunan Vokasional Rainbow Centre, Encik Jimmy Ong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >