SATU saat, saya menikmati landskap desa ala Eropah dengan lembu bebas berkeliaran meragut rumput subur, berlatarbelakangkan deretan rumah berserombong.
Tidak lama kemudian, saya tiba di 'Marikh'. Ia mengambil masa penerbangan 45 minit sahaja dari Mauritius, tempat saya menghabiskan masa beberapa hari sebelum itu.