Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kajian arkeologi mendalam akan dijalankan di Pulau Ubin

Dec 23, 2017 | 05:30 AM



KAJIAN mendalam akan dilakukan di Pulau Ubin untuk membongkar sejarah perdagangan, ekonomi dan ketenteraan Singapura.



Walau biodiversiti pulau itu diketahui dengan terperinci, sejarahnya kurang dikenali.



Semalam, Lembaga Taman Negara (NParks) dan Institut IseasYusof Ishak memulakan kajian arkeologi menyeluruh tentang pulau tersebut.



Kajian yang akan dilaksanakan dalam tiga fasa dan menjangkaui tempoh 18 bulan itu bertujuan merakam dan mengkaji secara mendalam peninggalan sejarah dan arkeologi di beberapa kawasan di Pulau Ubin.



Ini termasuk beberapa kawasan yang diabaikan sejak tahun 1800-an.



Kajian telah bermula dan ia dipimpin oleh pasukan pakar yang diketuai zamil bersekutu Lim Chen Sian daripada Iseas-Yusof Ishak.



Mereka sedang mengkaji meriam bot pembedil Perang Dunia Kedua (WWII) yang masih terpelihara.



Meriam tersebut dianggarkan dibina antara 1936 dengan 1939 dan digunakan bagi mempertahankan Selat Johor.



Ia adalah sebahagian daripada sistem pengubuan di pantai Timur Laut Singapura, dari Changi hingga Pulau Tekong.



Buat masa ini, kawasan itu, yang terletak dalam tapak perkhemahan Pasukan Kadet Polis Kebangsaan (NPCC), tidak dibuka kepada awam.



Usaha tersebut memulakan fasa pertama kajian dan kajian susulan akan dilaksanakan untuk mengenal pasti, mencari dan mencatatkan ciri warisan.



Pasukan itu juga mungkin menggunakan alat menggali di kawasan yang besar kemungkinan mengandungi khazanah yang tertanam.



Menteri Kedua Pembangunan Negara Desmond Lee melawat kawasan itu semalam.



NParks, agensi berkanun di bawah Kementerian Pembangunan Negara (MND) memberi sumbangan $38,000 kepada kajian itu, sementara Iseas memberi sokongan bernilai $107,000.



Kajian tersebut adalah sebahagian Projek Ubin, yang dimulakan pada 2014 untuk meneroka idea daripada pihak awam mengenai cara terbaik menikmati warisan dan tarikan di pulau itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >