Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kajian bagi nilai kesan ekonomi, kesihatan dan sosial jerebu 2015

May 04, 2016 | 02:55 PM



KRISIS jerebu pada 2015 mencatat sejarah sebagai yang paling teruk dalam rekod, melepasi keadaan pada 1997 dan 2013. Dalam usaha menilai implikasinya bagi Asia Tenggara, satu kajian serantau mengenai kesan ekonomi, kesihatan dan sosial akan dijalankan.



Ini akan membolehkan negara terjejas lebih memahami kesan jerebu rentas sempadan dan menambah anggaran sedia ada mengenai kos jerebu 2015.



Butiran jenis data yang akan dimasukkan dalam kajian itu sedang diusahakan, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, kepada media pada Rabu (4 Mei).



Ini kerana negara berbeza mengumpul pelbagai jenis data bergantung pada ekonomi mereka. Singapura, misalnya, mengumpul data mengenai pelancongan yang terjejas manakala Indonesia mengumpul data berkaitan pertanian.



Encik Masagos berkata walaupun belum ada garis masa bila kajian itu akan siap, beliau berharap akan ada beberapa dapatan dalam setahun.



Beliau berkata demikian dalam sidang media bagi mesyuarat peringkat daerah kecil ke-18 Jawatankuasa Pandu Peringkat Menteri (MSC) mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan, di Hotel Marina Mandarin Hotel di Singapura pada Rabu.



Dihos oleh Singapura, mesyuarat itu dihadiri wakil kemennterian sekitaran dari Malaysia, Thailand, Brunei dan Indonesia. Indonesia diwakili oleh Encik Arief Yuwono, penasihat kanan kepada Menteri Tenaga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >