Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kajian: Cuaca S'pura lebih panas menjelang akhir abad ke-21

Apr 15, 2015 | 02:13 PM



CUACA di Singapura dijangka lebih panas antara tahun 2070 dengan 2099, menurut satu kajian perubahan iklim yang dijalankan baru-baru ini.


Suhu dijangka naik antara 1.4 dengan 2.7 darjah Celsius jika tindakan mengawal penggunaan bahan pembakar diambil untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau.


Jika penggunaan bahan pembakar diteruskan tanpa pengurangan, suhu dijangka naik antara 2.9 dengan 4.6 darjah Celsius.


Penemuan fasa pertama Kajian Perubahan Iklim Nasional Kedua itu dikeluarkan oleh Pusat Kajian Iklim Singapura Khidmat Kaji Cuaca Singapura(MSS) pagi tadi.


Kajian itu juga mendapati Singapura boleh mengalami lebih banyak hujan dalam bulan November hingga Januari.


Kenaikan paras air laut pula boleh mencapai lebih satu meter.


Kajian itu dikomisyen oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) bersama Pejabat Kaji Cuaca Pusat Hadley di United Kingdom.


Fasa kedua kajian itu dijangka selesai hujung tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >