Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kajian: Puasa Ramadan bantu pesakit kencing manis

May 26, 2015 | 02:46 PM



BUAT julung-julung kalinya, penyelidikan yang dilaksanakan oleh satu pasukan pakar tempatan mendapati puasa di bulan Ramadan dapat membantu pesakit kecing manis mengurangkan paras gula dalam darah.


Ini lebih-lebih lagi untuk pengidap kencing manis jenis 2, di mana pankreas mereka masih dapat menghasilkan insulin.


Jika mereka menyesuaikan cara pengambilan ubat kencing manis, puasa juga dapat membantu memperbaiki paras gula dalam darah


Kajian yang diketuai Profesor Madya Joyce Lee dan pelajar siswazah Cik Melanie Siaw dari Jabatan Farmasi di Universiti Nasional Singapura itu adalah hasil tinjauan ke atas 153 pesakit dari klinik endokrin pesakit luar di hospital tempatan.


Pesakit ditinjau sebelum, semasa dan selepas Ramadan pada 2012.


Pesakit ditanya mengenai diet dan aktiviti fizikal manakala ujian darah diambil untuk menentukan paras gula dalam darah mereka pada tempoh masa tertentu.


Walaupun ia mencabar bagi pesakit Muslim untuk berpuasa, mereka yang menghidapi kencing manis jenis 2 dapat berpuasa dengan selamat asalkan mereka menyelaraskan ubat kencing manis mereka terlebih dahulu, kata Profesor Madya Lee.


Perbaikan dalam paras gula dalam darah tidak berterusan selepas Ramadan kerana pesakit menjalankan semula gaya hidup normal mereka.


Menurut Profesor Madya Lee, langkah seterusnya adalah untuk membangunkan garis panduan bagi doktor untuk menasihatkan pesakit kencing manis dalam pelarasan ubat mereka semasa berpuasa Ramadan.


Panduan itu boleh didapati di negara-negara seperti United Kingdom dan Arab Saudi, namun belum lagi ditetapkan di Singapura.


Kajian itu telah diterbitkan pada bulan ini dalam Jurnal Siasatan Diabetes.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >