Kajian: Soya dan kekacang tidak sebabkan risiko dapat gout

BERTENTANGAN dengan mitos popular, makanan produk soya dan kekacang tidak menyebabkan peningkatan risiko penyakit gout, menurut kajian baru.

Kesimpulan ini berdasarkan kajian yang dibuat ke atas lebih 50,000 kaum Cina di Singapura berusia antara 45 dan 74 tahun.

Ia dijalankan oleh ahli akademik Sekolah Perubatan Siswazah Duke-NUS, Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock dan Hospital Universiti Nasional (NUH).

"Walaupun kajian hanya tertumpu kepada kaum Cina, kami tidak mempunyai sebab untuk mengharapkan hasil yang berbeza dalam kumpulan kaum lain," kata Profesor Koh Woon-Puay yang mempelajari kesihatan penduduk di Sekolah Perubatan Siswazah Duke-NUS.

Penyakit gout lebih menjejas kaum lelaki dan sekitar empat peratus rakyat Singapura berumur lebih 45 tahun menghidapinya.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 20
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.