Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

‘Kakak Hensem’ sebenarnya ibu tunggal, sembilan anak

Nov 16, 2023 | 03:47 PM



Penampilannya bak seorang lelaki muda, tetapi di sebalik wajah “kacak” itu ialah seorang ibu tunggal yang kuat azam menyara sembilan anak yang masih bersekolah.

Ummu Nabilah Ikhwan, 33 tahun atau lebih disenangi dengan panggilan Bella kini mencari nafkah sebagai penghantar makanan sambilan semenjak beliau terpaksa berdikari setelah berpisah dengan suami yang pernah dinikahinya selama 14 tahun.

Mereka berpisah pada Disember 2021.

Bella mula dikenali di TikTok apabila perkongsian tentang hidupnya mula tular dan kandungannya menarik perhatian warganet yang bersimpati dengan keadaannya yang melalui rumah tangga yang penuh mencabar.

Walaupun dilanda pelbagai dugaan hidup, Bella kuat menghadapi cabaran dan aura yang positif menjadi tarikan utama bagi pengikut media sosialnya.

Perkongsian Bella yang menunjukkan gambarnya seorang disusuli gambar bersama anak-anaknya, mendapat perhatian 4.3 juta tontonan.







Ada juga dalam kalangan warganet yang mengecam penampilannya seakan gaya lelaki.

Seperti contoh:

“Kalau Allah jadikan camtu, jangan nak tonjolkan diri macam lelaki kat media sosial…” kata pengguna yang hanya dikenali sebagai @gghhuui4

Bella menjawab pada soalan itu dengan mengatakan beliau memang senang berambut pendek dari dulu lagi dan ramai pengikut media sosialnya juga memberikannya galakan dan menguatkan semangatnya.

Semasa dihubungi, Bella berkongsi dengan Berita Harian (BH) bahawa beliau tidak berani membuat laporan polis walaupun mendakwa dirinya menghadapi keganasan dalam keluarga.


Kata Bella beliau pernah mengadu nasib kepada anggota keluarga atau orang terdekat, tetapi sebaliknya selalu diberi nasihat untuk bertahan saja dengan apa yang sedang dilalui.

“Saya tinggal di Malaysia bersama suami saya sementara ibu bapa saya di Singapura.

“Sewaktu berkawin, saya masih terlalu muda, jadi saya dalam hak penjagaan suami.

“Banyak perkara membuat saya terus bertahan pada masa itu.

“Memang sudah takdir saya untuk bersamanya selama 14 tahun dan melahirkan sembilan orang anak bersamanya,” kata Bella.

Akhirnya, Bella mendakwa beliau telah memberanikan diri untuk meninggalkan suaminya, atas desakan anak-anaknya.

“Kalau mereka tidak bersuara, saya pun tidak kuat untuk menghadapi dugaan hidup sendiri. Saya kuatkan diri kerana mereka,” tambahnya lagi.

Ramai juga yang mengkritik Bella kerana ramai anak dan tidak merancang semasa masih berkahwin.

Bella menjawab beliau tidak mahu lagi mengungkit kisah lama dan yang telah terjadi dan lebih fokus untuk membina masa depannya bersama anak-anak.

Anaknya yang sulung kini berusia 15 tahun dan yang paling bongsu, berumur tiga tahun. Bella mempunyai lapan anak perempuan dan seorang anak lelaki.

Bella memberitahu BH beliau hanya ingin berkongsi ceritanya supaya menjadi contoh buat mereka yang dalam kesusahan terutama mangsa keganasan keluarga.

Katanya wanita yang terjerat dalam situasi sedemikian inginkan pertolongan dan jalan keluar dan mereka patut dibantu.

“Saya kini bersyukur saya sudah tidak dalam situasi itu lagi. Saya ingin memandang ke hadapan demi anak-anak saya,” kata wanita itu yang sekarang cuba mencari nafkah dengan menjual biskut melalui akaun TikToknya, selain menjadi penghantar makanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >