Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kaki tipu dijel 41/2 tahun kerana perdaya syarikat dan mangsa $520,000

May 13, 2016 | 03:31 PM



SEORANG lelaki yang memperdaya mangsanya agar percaya kononnya dia adik Timbalan Perdana Menteri (DPM) lama, Encik Wong Kan Seng, dijatuhi hukuman penjara empat setengah tahun pada Jumaat (13 Mei) kerana menipu mereka sebanyak $520,000.



Wong Kok Keong, alias Wong Kock Khiang, seorang muflis berumur 63 tahun, kini bebas dengan ikat jamin $30,000 sementara menunggu rayuannya.



Dia dikenakan tiga pertuduhan, dengan enam lagi, kebanyakannya di bawah Akta Muflis, diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Wong, yang bekerja sendiri, menipu tiga pengarah Manor Construction pada 2007 dengan memperdaya mereka agar percayai kononnya dia adik Encik Wong, DPM ketika itu, dan wang sebanyak $180,000 harus dibayar sebagai 20 peratus daripada pilihan untuk membeli sebuah hartanah di Yung Ho Road.



Dia juga menipu syarikat itu sebanyak $240,000 berhubung satu lagi perjanjian perniagaan.



Wong telah memulangkan $209,000 kepada Manor, dengan baki sebanyak $211,000.



Pada 2011, dia menipu Encik Chiam Teck Hwa, 48 tahun, dengan memperdaya beliau agar percaya dia adik DPM Wong dan mengatakan bahawa dia akan melaburkan $50,000 wang mangsa ke dalam sebuah syarikat, bersama wangnya sendiri.



Wong telah memulangkan wang Encik Chiam, serta seorang lagi mangsa, Encik Tan Teik Chin, tetapi tuduhan itu turut dipertimbang.



Dalam kes Encik Chiam, Wong mendakwa dia ada sebuah projek untuk menubuhkan sebuah syarikat bagi menjalankan unit pusat dialisis di Hospital Parkway Group dan di Marine Parade.



Selepas Encik Chiam memberi cek bernilai $50,000 kepada Wong, dia mendapat tahu melalui carian bahawa tidak ada rekod mengenai syarikat itu, Grace Asset Management.



Beliau juga mendapati Wong tidak ada kaitan dengan DPM Wong, dan meminta wangnya kembali.



Menyifatkannya sebagai kaki tipu, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Hon Yi berkata Wong menghidupkan helah lamanya dan melakukan penipuan sama terhadap mangsanya.



Pada 2003, dia dijatuhi hukuman penjara 53 bulan kerana menipu, pecah amanah dan memperoleh pinjaman walaupun dia seorang muflis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >