Kakitangan awam kini boleh ambil cuti sukarela tahun depan

KAKITANGAN awam kini boleh mengambil cuti sukarela setiap tahun untuk melakukan kerja-kerja sukarela pilihan mereka.

Cuti satu hari itu berkuatkuasa mulai tahun depan, umum Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean, yang juga menteri bertanggungjawab bagi perkhidmatan awam.

Langkah tersebut bertujuan untuk menggalak kakitangan awam untuk melakukan lebih banyak kerja-kerja sukarela, melampaui program-program sedia ada yang dikendalikan oleh agensi-agensi masing-masing.

"Melebihi kerja-kerja harian para pegawai awam, perkhidmatan awam juga menggalak budaya penyayang dan sukarela di kalangan para pegawai awam kita," kata Encik Teo di majlis pembukaan Festival Perkhidmatan Awam hari ini, Khamis.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 47
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.